Tuesday 24 March 2015

UBAT SELSEMA DAN BATUK TIDAK SESUAI UNTUK KANAK-KANAK BAWAH 2 TAHUN

Terdapat banyak kajian yang telah membuktikan bahawa ubat-ubat batuk dan selsema sebenarnya tidak berkesan untuk mengubati gejala-gejala bagi golongan kanak-kanak.
Malah lebih merisaukan, telah terbukti ubat-ubatan tersebut mempunyai kesan sampingan yang buruk apabila diambil oleh kanak-kanak yang kecil. Kesan sampingan seperti mengantuk boleh menyebabkan pengurangan penyusuan dan minum, terutamanya bayi dan kanak-kanak yang kecil yang secara tidak langsung boleh menyebabkan dehidrasi. Ubat batuk yang mengandungi ubat narkotik, seperti codeine, boleh mengakibatkan pernafasan bayi serta kanak-kanak diperlahankan. Jika diberi terlebih dos atau disebabkan komplikasi lain, kanak-kanak ini boleh berhenti bernafas, sawan, gangguan sistem saraf, jantung dan usus, serta membawa maut.
Di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak membenarkankan penggunaan ubat-ubat batuk dan selsema bagi kanak-kanak di bawah umur 2 tahun sejak tahun 2007.
Menurut FDA (Food and Drugs Administration) di Amerika Syarikat, ubat batuk dan selsema tidak dibenarkan untuk kanak-kanak di bawah umur 2 tahun; kanak-kanak di bawah 6 tahun tidak disyorkan untuk diberi ubat batuk dan selsema.
Rawatan tanpa ubat yang disyorkan adalah:
1. Titisan hidung dengan air garam (nasal saline drops) dan sedut hingus dari hidung (mucus extractor) yang senang didapati di kedai farmasi.
Nasal saline drops tidak mengandungi bahan ubat dan ia boleh mengurangkan gejala hidung tersumbat. Ia boleh diberi mengikuti keperluan, pada kebiasaan sebelum penyusuan.
2. Makan madu
Madu didapati boleh mengurangkan batuk serta dipercayai boleh membunuh kuman. 
3. Pengambilan cecair yang lebih
Susu ibu, air suam, atau sup ayam. Jangan diberinya minuman berkarbonat atau sitrus, sebab ianya boleh menyebabkan sakit / gatal tekak.
4. Rehat yang mencukupi
Ubat demam masih boleh diberi mengikut sukatan dan kekerapan yang disyorkan oleh doktor.
p/s : gunakan lah produk rawat, cegah, kawal batuk & selsema kami yang berasaskan bahan sunnah semulajadi. Pelaburan yang MURAH dan BERPANJANGAN...jangan menyesal kemudian hari....
Berminat? Hubungi untuk konsultasi & harga istimewa:
 Contact l Whatsapp : 014-8118434
 COD Area: Petaling Jaya, Subang Jaya, Shah Alam 

1 comment:

  1. The King Casino Archives - Hertzaman
    The King Casino Archives, 바카라 사이트 including news, herzamanindir.com/ articles, videos, address, gaming info, The King Casino & Hotel in Henderson, NV is one of the newest hotels https://deccasino.com/review/merit-casino/ and 바카라사이트 motels on

    ReplyDelete