Friday 27 March 2015

BATUK SEBENARNYA BERGUNA UNTUK TUBUH BADAN KITA?

Setiap kali anak batuk ibu sudah merasa bimbang sangat. Tahukah ibu bahawa batuk ini bagus sebenarnya kerana dengan batuk ini lah kita dapat tahu ada bendasing telah menyerang dan masuk kedalam paru-paru anak kita seperti debu, habuk, udara tercemar, bakteria & virus. Apabila bendasing berjaya masuk pada paru-paru akan berlaku pneumonia /  radang paru-paru. Namun jika bendasing tidak berjaya masuk anak akan cepat sihat kembali.

Batuk membantu mempertahankan paru-paru kita apabila bendasing cuba menyerang paru-paru. Saluran penafasan akan terangsang dan anak akan menjadi batuk. 
Oleh itu, ibu tidak perlu penik sangat bila anak sudah mula batuk. Ibu boleh mencari cara rawat / tips agar batuk anak tidak makin teruk. Elakkan beri ubat batuk pada anak usia bawah 3 tahun. 

Seperti saya lebih gemar beri anak campuran Madu Arab Asli & Habbah As Sawda jika lihat anak sudah mula batuk. Apa yang kita ketahui madu adalah terbaik dan bercirikan antibakteria, antivirus, antioksidan, anti inflamasi, anti histamin 
  1. - Madu merupakan UBAT BATUK semulajadi 
  2. - Agen awet muda
  3. - Mind booster
  4. - Kaya vitamin & garam mineral
  5. - Membersih kotoran pada usus & pembuluh darah
  6. - Baik untuk kesihatan fizikal dan rohani.

Manakala mengamalkan Habbah As Sawda sangat baik untuk tubuh badan kita kerana Habbah As Sawda ini terdapat penawar segala penyakit kecuali mati. Antara ciri Habbah As Sawda ialah


a) Anti-radang (anti-inflammation)
~ Habbatus Sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).
b) Anti-histamine
~ Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus Sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus Sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.



Pengalaman saya beri Madu Arab Asli & Habbah As Sawda pada anak-anak saya memang saya telah puas hati walaupun bukan serta merta anak saya sihat tapi sedikit demi sedikit anak saya makin pulih. Bagi saya rawatan sebegini lebih mujarab & tidak akan merbahaya pada anak-anak saya sebab dalam Al-Quran telah tertulis khasiat madu & habbatulsauda. Apa-apa pun pastikan dapat madu asli tanpa campuran & minyak habbah as sawda yang asli & berkualiti.



Berminat? Hubungi untuk konsultasi & harga istimewa:
 Contact l Whatsapp : 014-8118434
 COD Area: Petaling Jaya, Subang Jaya, Shah Alam

No comments:

Post a Comment