Wednesday, 18 March 2015

FAKTA & KHASIAT HABBATUS SAUDA'



Didalam kitab sahih Bukhari Muslim, Abu Hurairah r.a. berkata bahawa dia pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda; 

"Tetaplah kamu dengan Al-Habah Al-Sauda' kerana sesungguhnya ia adalah penawar bagi segala penyakit kecuali As-Sam atau mati". 


Sesuai untuk semua peringkat umur, wanita mengandung, bayi, juga orang tua. 

Terdapat 50 kelebihan dan kebaikan bagi mereka yang terus menerus mengamalkannya 


 terutama berkaitan saraf, tekanan darah, pernafasan, asma, batuk berlarutan, tonsel, pembiakan, penghadaman dan organ-organ dalam badan, buah pinggang, memberi tenaga bagi orang lemah tenaga badan. Memulihkan kulit berjerawat, ekzema, kedut, membaiki tekstur kulit, arthiritis. Memberi kenikmatan menyegarkan badan dari keletihan. Bertindak membantu melancarkan darah, insomnia, kekejangan, mengurangkan kahak. Mengatasi masalah dalam perut dan usus, membantu mengurangkan gula dalam darah, merangsangkan salur pemakanan, meningkatkan metabolisme, menghilangkan angin. Dapat melegakan kembung perut, merangsangkan pancreas, mengurangkan berat badan, melawaskan buang air besar dan kecil, membantu menambahkan susu badan bagi wanita selepas bersalin dan banyak lagi. 

( Habbatus-sauda ) ini dapat merangsangkan tubuh badan dan mengimbangi minda, jasad dan semangat dan membantu menghilangkan rasa penat yang tidak bermaya. 
 

BAYI DAN KANAK-KANAK

Disamping memiliki banyak komponen pemakanan, habbatussaubda' mengandungi karotene yang penting bagi pertumbuhan bayi. Semasa tempoh pembesaran kanak-kanak, habbatussauda' memberi kanak-kanak segala tenaga yang mereka perlukan bagi peringkat kehidupan yang serba aktif ini.

Penggunaan kerap habbatussauda' yang meningkatkan keutuhan system imun badan, akan mengurangkan tempoh dan rasa sakit yang teruk terutama musim sejuk, apabila kanak-kanak lebih mudah dijangkiti selsema.
 
ORANG TUA

Dengan sumber pemakanan yang kaya dan memberi tenaga dan digabungkan dengan ciri-ciri menguatkan lagi sistem imun, habbatussaubda' merupakan pelengkap kesihatan yang ideal bagi orang tua.
Habbatussaubda' kaya dalam nilai pemakanan : 

Monosaccharides ( satu molekul gula ) dalam bentuk glukosa, rhamnose, xylose dan arabinose ditemui dalam jintan hitam.

Habbatussaubda' mengandungi komponen polysaccharide tidak tepu (linoleic dan asid linolenic ). Asid lemak yang penting tidak boleh dihasilkan oleh badan itu sendiri dan oleh itu kita perlu mendapatkannya daripada sumber makanan.

Lima belas asid amino melengkapkan kandungan protein dalam habbatussaubda' , termasuk lapan belas daripada sembilan asid amino penting tidak boleh disentesis dalam badan kita dalam kuantiti yang mencukupi dan oleh itu perlu diperolehi daripada pemakanan kita.

Habbatussaubda' mengandungi Arginine, yang penting bagi pertumbuhan bayi.

Analisis kimia mendedahkan bahawa habbatussaubda' mengandungi karotena, yang apabila diproses oleh hati menjadi vitamin A, vitamin yang diketahui mempunyai ciri-ciri anti kanser.

Habbatussaubda' juga merupakan sumber kalsium, besi, natrium dan kalium. Tubuh badan hanya memerlukan jumlah yang kecil dan fungsi utama elemen-elemen ini adalah untuk bertindak sebagai konfaktor penting dalam pelbagai fungsi enzim. 

No comments:

Post a Comment