Friday, 27 March 2015

BATUK SEBENARNYA BERGUNA UNTUK TUBUH BADAN KITA?

Setiap kali anak batuk ibu sudah merasa bimbang sangat. Tahukah ibu bahawa batuk ini bagus sebenarnya kerana dengan batuk ini lah kita dapat tahu ada bendasing telah menyerang dan masuk kedalam paru-paru anak kita seperti debu, habuk, udara tercemar, bakteria & virus. Apabila bendasing berjaya masuk pada paru-paru akan berlaku pneumonia /  radang paru-paru. Namun jika bendasing tidak berjaya masuk anak akan cepat sihat kembali.

Batuk membantu mempertahankan paru-paru kita apabila bendasing cuba menyerang paru-paru. Saluran penafasan akan terangsang dan anak akan menjadi batuk. 
Oleh itu, ibu tidak perlu penik sangat bila anak sudah mula batuk. Ibu boleh mencari cara rawat / tips agar batuk anak tidak makin teruk. Elakkan beri ubat batuk pada anak usia bawah 3 tahun. 

Seperti saya lebih gemar beri anak campuran Madu Arab Asli & Habbah As Sawda jika lihat anak sudah mula batuk. Apa yang kita ketahui madu adalah terbaik dan bercirikan antibakteria, antivirus, antioksidan, anti inflamasi, anti histamin 
  1. - Madu merupakan UBAT BATUK semulajadi 
  2. - Agen awet muda
  3. - Mind booster
  4. - Kaya vitamin & garam mineral
  5. - Membersih kotoran pada usus & pembuluh darah
  6. - Baik untuk kesihatan fizikal dan rohani.

Manakala mengamalkan Habbah As Sawda sangat baik untuk tubuh badan kita kerana Habbah As Sawda ini terdapat penawar segala penyakit kecuali mati. Antara ciri Habbah As Sawda ialah


a) Anti-radang (anti-inflammation)
~ Habbatus Sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).
b) Anti-histamine
~ Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus Sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus Sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.



Pengalaman saya beri Madu Arab Asli & Habbah As Sawda pada anak-anak saya memang saya telah puas hati walaupun bukan serta merta anak saya sihat tapi sedikit demi sedikit anak saya makin pulih. Bagi saya rawatan sebegini lebih mujarab & tidak akan merbahaya pada anak-anak saya sebab dalam Al-Quran telah tertulis khasiat madu & habbatulsauda. Apa-apa pun pastikan dapat madu asli tanpa campuran & minyak habbah as sawda yang asli & berkualiti.



Berminat? Hubungi untuk konsultasi & harga istimewa:
 Contact l Whatsapp : 014-8118434
 COD Area: Petaling Jaya, Subang Jaya, Shah Alam

Wednesday, 25 March 2015

BAGAIMANA MERAWAT ECZEMA KANAK-KANAK TANPA UBAT?


Eczema adalah kondisi kulit yang kering & gatal. Boleh menyebabkan kanak-kanak tidak selesa & meragam.
Mengikut kajian pengidap eczema akan pulih menjelang usia belasan tahun. Ekzema tidak dapat dipulihkan, tetapi boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai.

Langkah terbaik bagi merawat pengidap eczema adalah dengan mengamalkan Madu Arab Asli & Habbah As Sawda. Kelebihan mengambil produk ini, madu menguatkan sistem imunisasi badan & Habbah As Sawda memang bagus untuk merwat eczema kerana boleh mengurangkan radang pada kulit yang menyebabkan gatal & kulit kemerahan.

Cara guna:
Beri anak makan madu+minyak Habbah As Sawda stp pagi & malam. Kemudian Sapu minyak pada kulit anak yang mengalami eczema tersebut.

Berminat? Hubungi untuk konsultasi & harga istimewa:
 Contact l Whatsapp : 014-8118434
 COD Area: Petaling Jaya, Subang Jaya, Shah Alam

ANAK KECIL ANDA HANYA BATUK WAKTU MALAM? JIKA DIBIARKAN ANAK BAKAL MENGIDAP ASMA!

Salah satu ciri pengidap asma pada awalnya mereka akan hanya kerap batuk pada waktu malam berbanding pada waktu siang. Ada 2 sebab anak kerap batuk waktu malam, antaranya ialah: 
Satunya adalah disebabkan oleh ‘asthma’ yang disebabkan oleh perubahan suhu dari siang ke malam (menjadi lebih sejuk) dan perubahan ini menyebabkan serangan ‘asthma’ yang dizahirkan dalam bentuk batuk. Apabila serangan ‘asthma’ berlaku, otot-otot saluran pernafasan akan mengembang dan radang terhadap saluran tersebut juga akan terjadi dan ini akan menghasilkan kahak dan kesannya kepada pesakit adalah kesesakan nafas dan batuk. Tahap serangan berbeza-beza dari tidak serius ke sangat serius.
Oleh itu untuk rawatan serangan ‘asthma’ ini jika serius dan teruk di mana pesakit menjadi sesak nafas, bernafas laju sehingga nampak letih maka pesakit tersebut perlu di bawa segera untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan segera yang antaranya adalah ‘nebulisation’ ataupun dipanggil rawatan ‘gas’.
Jika pesakit tersebut hanya batuk-batuk tetapi masih boleh tidur dan selesa, pesakit tersebut masih perlu mendapatkan rawatan tetapi tidaklah perlu segera dan rawatannya boleh diberi di rumah dalam bentuk ‘inhaler’. Bagaimanapun pesakit masih perlu dibawa berjumpa doktor untuk mengesahkan penyakitnya, mendapatkan ubat ‘inhaler’ tersebut dan untuk diberi tunjuk ajar cara penggunaan ‘inhaler’.
Sebab kedua batuk pada waktu malam adalah ‘post-nasal drip’. Ini berlaku apabila anak mengalami jangkitan selsema, maka terhasil hingus di dalam rongga hidung.
Pada waktu malam semasa tidur anak akan berada di dalam keadaan terlentang dan disebabkan graviti hingus tersebut akan mengalir ke belakang kerongkong dan akan cuba untuk memasuk saluran pernafasan dan ini akan mengakibatkan refleks batuk seperti yang telah saya terangkan pada perenggan pertama tadi. Info
Untuk merawat masalah ini amalkan SET RAWAT SELSEMA BATUK pada anak kita bagi merawat, mengawal, mencegah & menyelesaikan masalah selsema, batuk berkahak & asma yang anak kita alami. Boleh diberi pada usia anak bawah setahun. Bayi boleh diberi set ini mengikut doz yang telah dicadangkan. Set ini telah diformulasi sesuai untuk bayi dan kanak-kanak, berbeza dengan madu & habbahtusauda lain.

Jom lihat testimoni pelanggan yang telah mencuba set ini : 



Set ini terbukti terbaik. Cepat dapatkan segera.


Berminat? Hubungi untuk konsultasi & harga istimewa:
 Contact l Whatsapp : 014-8118434
 COD Area: Petaling Jaya, Subang Jaya, Shah Alam 

Tuesday, 24 March 2015

UBAT SELSEMA DAN BATUK TIDAK SESUAI UNTUK KANAK-KANAK BAWAH 2 TAHUN

Terdapat banyak kajian yang telah membuktikan bahawa ubat-ubat batuk dan selsema sebenarnya tidak berkesan untuk mengubati gejala-gejala bagi golongan kanak-kanak.
Malah lebih merisaukan, telah terbukti ubat-ubatan tersebut mempunyai kesan sampingan yang buruk apabila diambil oleh kanak-kanak yang kecil. Kesan sampingan seperti mengantuk boleh menyebabkan pengurangan penyusuan dan minum, terutamanya bayi dan kanak-kanak yang kecil yang secara tidak langsung boleh menyebabkan dehidrasi. Ubat batuk yang mengandungi ubat narkotik, seperti codeine, boleh mengakibatkan pernafasan bayi serta kanak-kanak diperlahankan. Jika diberi terlebih dos atau disebabkan komplikasi lain, kanak-kanak ini boleh berhenti bernafas, sawan, gangguan sistem saraf, jantung dan usus, serta membawa maut.
Di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak membenarkankan penggunaan ubat-ubat batuk dan selsema bagi kanak-kanak di bawah umur 2 tahun sejak tahun 2007.
Menurut FDA (Food and Drugs Administration) di Amerika Syarikat, ubat batuk dan selsema tidak dibenarkan untuk kanak-kanak di bawah umur 2 tahun; kanak-kanak di bawah 6 tahun tidak disyorkan untuk diberi ubat batuk dan selsema.
Rawatan tanpa ubat yang disyorkan adalah:
1. Titisan hidung dengan air garam (nasal saline drops) dan sedut hingus dari hidung (mucus extractor) yang senang didapati di kedai farmasi.
Nasal saline drops tidak mengandungi bahan ubat dan ia boleh mengurangkan gejala hidung tersumbat. Ia boleh diberi mengikuti keperluan, pada kebiasaan sebelum penyusuan.
2. Makan madu
Madu didapati boleh mengurangkan batuk serta dipercayai boleh membunuh kuman. 
3. Pengambilan cecair yang lebih
Susu ibu, air suam, atau sup ayam. Jangan diberinya minuman berkarbonat atau sitrus, sebab ianya boleh menyebabkan sakit / gatal tekak.
4. Rehat yang mencukupi
Ubat demam masih boleh diberi mengikut sukatan dan kekerapan yang disyorkan oleh doktor.
p/s : gunakan lah produk rawat, cegah, kawal batuk & selsema kami yang berasaskan bahan sunnah semulajadi. Pelaburan yang MURAH dan BERPANJANGAN...jangan menyesal kemudian hari....
Berminat? Hubungi untuk konsultasi & harga istimewa:
 Contact l Whatsapp : 014-8118434
 COD Area: Petaling Jaya, Subang Jaya, Shah Alam 

SET MERAWAT SELSEMA, BATUK BERKAHAK & ASMA

MADU ARAB ASLI (350ML)
Madu arab asli adalah madu yang termahal,kerana lebah yang menghasilkan madu ini menghisap nectar dari pohon kurma dan pohon sidr yang memiliki penyembuhan yang baik
Madu arab ini lebih likat berbanding madu lain,kerana kuantiti air dalam madu (nectar) adalah sangat sedikit.
Penawar dan khasiat madu ini :
  1. Mengandungi vit A,B,C dan E
  2. Mempunyai zat galian dan kecergasan minda
  3. Merawat demam dan sebagai antibodi
  4. Merawat lelah dan paru-paru berair
  5. Menegangkan kulit muka / awet muda
  6. Memudahkan proses penghadaman
  7. Menambah hormon
  8. Merawat luka
  9. Untuk orang yang bekerja kuat dan bersukan
Cara pengambilan / dos

Dewasa – 1 sudu pagi sebelum sarapan

Kanak-kanak – 1/2 sudu pagi sebelum sarapan
*PENGAMBILAN MADU MESTI MENGGUNAKAN SUDU PLASTIK DAN ELAKKAN SIMPAN DALAM PETI SEJUK.
MINYAK HABBAH AS SAWDA (15ML)
Minyak ini 100% asli perahan dari bijirin hitam yang dan amat baik untuk anda dan anak-anak anda yang mengalami lelah, semput, asma, pengamalan memakan habbah as sawda akan menambah imun dalam badan pesakit tersebut.
Habbah As Sawda adalah salah satu amalan pemakanan Rasullullah S.A.W dimakan bersama madu & Kurma Ajwa, sebab itu ianya di gelar AL BARAKAH iaitu mengambil berkat Rasullullah S.A.W
Al Habbah As Sawda adalah sejenis rumput, warnanya hitam dan bermusim tahunan, ia termasuk dalam jenis Nigelle Lan Ranunculus, Al Habbah As Sawda banyak tumbuh di Mesir dan negara sekitar laut tengah dan di India. Daun-daunnya kecil-kecil serta halus, bunganya berwarna kebiruan, buahnya terbungkus dan didalamnya terdapat biji kecil berwarna hitam yang boleh di pergunakan sebagai ubat untuk mengubati pelbagai penyakit.
Cara guna:

~Kanak-kanak 2 titik

~Dewasa 1 sudu kecil
Boleh di campur madu, susu air suam
Selain dari itu banyak manfaat di perolehi dari minyak Al Habbah As Sawda ini spt untuk:
* Jaundice/sakit kuning
* Batuk/batuk berkahak/batuk kokol

* Tonsil, buasir, bengkak, sembelit
* Migrain, sukar tidur
* Masalah Haid, senggugut
* Menambah susu ibu , sesuai untuk bayi dll 
credit

Berminat? Hubungi untuk konsultasi & harga istimewa:
 Contact l Whatsapp : 014-8118434
 COD Area: Petaling Jaya, Subang Jaya, Shah Alam 

Monday, 23 March 2015

PUNCA ANAK KERAP SELSEMA & BATUK. JOM SELIDIK!

Simptom selsema & batuk yang kerap menyerang anak, memang akan menyebabkan kebimbangan seseorang ibu. Faktor persekitaran yang tidak bersih & tercemar faktor utama simptom ni kerap berulang.

Selsema merupakan jangkitan saluran penafasan, yang memberi kesan terhadap salur-salur hidung dan kerongkong yang disebabkan oleh virus. Sedar tak, anak kita baru baik daripada selsema tapi tak sampai seminggu kering selsema sudah kena selsema balik, tahu tak kenapa? Selsema ini mudah tersebar tau dengan cara bercakap, batuk atau bersin  dan sentuhan langsung. 

Manakala simptom batuk pula adalah disebabkan oleh satu tindak balas yang terhasil apabila ada bendasing yang cuba memasuki saluran penafasan kita sama ada kahak atau makanan. Ia adalah satu cara pertahanan badan kita untuk mengelak daripada paru-paru kita dicemari bendasing atau mengakibatkan saluran penafasan kita tersumbat yang boleh membawa masalah penafasan dan jangkitan. So batuk ini bukan semestinya bahaya, tanpa batuk kemungkinan jangkitan paru-paru akan makin teruk.
TAHUKAH ANDA?
Kanak-kanak lebih kerap dan mudah dijangkiti selsema dan batuk berbanding orang dewasa. Misalnya kanak-kanak 6-12 kali setahun, manakala dewasa 2 kali setahun. Fenomena ini adalah biasa bagi kanak-kanak kerana daya tahan tubuh kanak-kanak adalah rendah. Semakin kanak-kanak itu membesar, semakin jarang dia mudah jatuh sakit. 

KESIMPULAN
Ibu-ibu perlulah elakkan bawa anak keluar ke tempat yang ramai orang dan mengamalkan pencegahan seperti memberi makanan tambahan untuk menguatkan sistem imunisasi tubuh anak seperti mengamalkan madu asli dan minyak habbah as sawda
TESTIMONI



Berminat? Hubungi untuk konsultasi & harga istimewa:
Contact l Whatsapp : 014-8118434
COD Area: Petaling Jaya, Subang Jaya, Shah Alam 

Sunday, 22 March 2015

PETUA HILANGKAN BATUK BAYI


Faktor cuaca yang tidak menentu & persekitaran udara yang tercemar menjadi punca utama anak-anak kita sekarang mudah dijangkiti penyakit seperti batuk, selesema & demam. Saya sebagai ibu tidak akan beri ubat serta merta sebaliknya saya akan ikut petua orang lama & beri supplement seperti omega & vitamin c kanak-kanak. Antara petua yang biasa saya cuba adalah seperti :


➲  Makan madu asli.. Untuk bayi atau kanak-kanak, 1 sudu kecil.. Kalau rasa madu tu macam pekat jer,boleh tambah air sikit.. Orang dewasa pun boleh amalkan juga makan madu ni kalau batuk. Untuk orang dewasa 1 sudu besar..

Madu ini asli & boleh diambil oleh bayi
➲  Cara kedua pulak boleh guna kunyit hidup atau bawang putih. Kunyit hidup tu, gosok la kat mana2 permukaan yang kasar untuk dapatkan serbuk, lepas tu serbuk kunyit tu dicampurkan dengan minyak masak kemudian sapukan ke dada bayi.. Kalau nak guna bawang putih, bakar sikit bawang putih tu tapi jgn la sampai hangit yer.. Caranya sama jer guna kunyit, gosok, ambil serbuk,kemuadian campur dengan minyak masak baru sapu ke dada bayi..

➲  Cara ketiga, jika anak batuk berkahak dan selsema… Boleh gunakan daun kaduk. Ramas daun kaduk dengan kapur sirih. Kemudian sapukan pada dada dan perut bayi. Kahak akan keluar bersama najis bayi nanti..

➲  Cara keempat, kalau anak kita dah boleh mengunyah, amalkan makan kismis sebanyak 21 biji setiap hari.. InsyaAllah batuk akan hilang…

➲  Akhir sekali, gunakan daun bunga tahi ayam. Ramaskan dengan kapur sirih sampai berlendir kemuadian sapu kat tengkuk dan dada..
InsyaAllah semua petua kat atas untuk kurangkan batuk bayi.


Selamat mencuba!

Wednesday, 18 March 2015

FAKTA & KHASIAT HABBATUS SAUDA'



Didalam kitab sahih Bukhari Muslim, Abu Hurairah r.a. berkata bahawa dia pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda; 

"Tetaplah kamu dengan Al-Habah Al-Sauda' kerana sesungguhnya ia adalah penawar bagi segala penyakit kecuali As-Sam atau mati". 


Sesuai untuk semua peringkat umur, wanita mengandung, bayi, juga orang tua. 

Terdapat 50 kelebihan dan kebaikan bagi mereka yang terus menerus mengamalkannya 


 terutama berkaitan saraf, tekanan darah, pernafasan, asma, batuk berlarutan, tonsel, pembiakan, penghadaman dan organ-organ dalam badan, buah pinggang, memberi tenaga bagi orang lemah tenaga badan. Memulihkan kulit berjerawat, ekzema, kedut, membaiki tekstur kulit, arthiritis. Memberi kenikmatan menyegarkan badan dari keletihan. Bertindak membantu melancarkan darah, insomnia, kekejangan, mengurangkan kahak. Mengatasi masalah dalam perut dan usus, membantu mengurangkan gula dalam darah, merangsangkan salur pemakanan, meningkatkan metabolisme, menghilangkan angin. Dapat melegakan kembung perut, merangsangkan pancreas, mengurangkan berat badan, melawaskan buang air besar dan kecil, membantu menambahkan susu badan bagi wanita selepas bersalin dan banyak lagi. 

( Habbatus-sauda ) ini dapat merangsangkan tubuh badan dan mengimbangi minda, jasad dan semangat dan membantu menghilangkan rasa penat yang tidak bermaya. 
 

BAYI DAN KANAK-KANAK

Disamping memiliki banyak komponen pemakanan, habbatussaubda' mengandungi karotene yang penting bagi pertumbuhan bayi. Semasa tempoh pembesaran kanak-kanak, habbatussauda' memberi kanak-kanak segala tenaga yang mereka perlukan bagi peringkat kehidupan yang serba aktif ini.

Penggunaan kerap habbatussauda' yang meningkatkan keutuhan system imun badan, akan mengurangkan tempoh dan rasa sakit yang teruk terutama musim sejuk, apabila kanak-kanak lebih mudah dijangkiti selsema.
 
ORANG TUA

Dengan sumber pemakanan yang kaya dan memberi tenaga dan digabungkan dengan ciri-ciri menguatkan lagi sistem imun, habbatussaubda' merupakan pelengkap kesihatan yang ideal bagi orang tua.
Habbatussaubda' kaya dalam nilai pemakanan : 

Monosaccharides ( satu molekul gula ) dalam bentuk glukosa, rhamnose, xylose dan arabinose ditemui dalam jintan hitam.

Habbatussaubda' mengandungi komponen polysaccharide tidak tepu (linoleic dan asid linolenic ). Asid lemak yang penting tidak boleh dihasilkan oleh badan itu sendiri dan oleh itu kita perlu mendapatkannya daripada sumber makanan.

Lima belas asid amino melengkapkan kandungan protein dalam habbatussaubda' , termasuk lapan belas daripada sembilan asid amino penting tidak boleh disentesis dalam badan kita dalam kuantiti yang mencukupi dan oleh itu perlu diperolehi daripada pemakanan kita.

Habbatussaubda' mengandungi Arginine, yang penting bagi pertumbuhan bayi.

Analisis kimia mendedahkan bahawa habbatussaubda' mengandungi karotena, yang apabila diproses oleh hati menjadi vitamin A, vitamin yang diketahui mempunyai ciri-ciri anti kanser.

Habbatussaubda' juga merupakan sumber kalsium, besi, natrium dan kalium. Tubuh badan hanya memerlukan jumlah yang kecil dan fungsi utama elemen-elemen ini adalah untuk bertindak sebagai konfaktor penting dalam pelbagai fungsi enzim. 

FAKTA & KHASIAT MADU


 Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Rasul saw sangat 
menyenangi madu".


✐ Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Biasakanlah dirimu 
memperoleh dua ubat iaitu meminum dan membaca Al-Quran".
✐ Rasul saw bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap hari dengan niat 
mengikut dalam Al-Qur'an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77
penyakit".


✐ Rasul saw bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat 
hendaklah dia meminum madu".


✐ Rasul saww bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu karena dia dapat 
mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".


✐ Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: "Madu adalah ubat dari segala 
penyakit, tiada penyakit didalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan
membersihkan hati".
✐ Rasul saww bersabda: "Allah SWt telah meletakkan berkah didalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".

Maksud Surah An-Nahl: Ayat 68-69: 

Dengan itu keluarlah minuman (madu) yang berlainan warnanya dari dalam badannya yang mengandungi penawar bagi manusia daripada berbagai-bagai penyakit. Sesungguhnya pada demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah s.w.t.) bagi orang-orang yang mahu berfikir.