Tuesday 13 October 2015

PENGALAMAN ANAK KERAP BATUK BERKAHAK, SELSEMA & SEMPUT.

Assalammualaikum.

Walaupun rezeki saya lambat kenal dengan Set Madu ini, namun saya tetap bersyukur kerana diberi peluang untuk anak-anak saya tidak terus mengidap asma atau lelah.

Daripada anak sulung sehingga anak ketiga anak saya mudah mengidap batuk berkahak, selsema & semput. Jalan penyelesaian saya pada masa belum kenal set madu ini ialah bagi ubat batuk, ubat cair kahak, nebulizer & sedut kahak. Macam anak sulung dengan anak kedua umur dah setahun lebih baru kerap kena batuk & semput ni. Tapi anak ketiga Adeef berbeza daripada usia 2bulan sudah kerap kena batuk, selsema & semput. Memang kalau dikenang-kenang keadaan saya masa tu, cukup bimbang sebab dalam sebulan akan kena 2 3 kali. Langsung tak boleh kena habuk, bawak ke tempat awam, saya kena jaga makan sb anak saya full breastfeeding. Walaupun langkah berjaga-jaga saya dah buat tapi tetap kena. Memang stress sangat. Bayangkan dari usia 2bulan sampai umur 1 tahun. 

Masa Adeef umur 11 bulan, Adeef dimasukkan unit kawalan rapi sebab semput yang kronik.

Masa ini memang Adeef dah tak sedar & tersangat lemah. Dokter pun bising kenapa saya lambat bawak ke hospital. Masa tengah teruk ni Adeef diberi neb setengah jam sekali. Bila dah sedar baru ambil sejam sekali. Bila dah masuk wad biasa terpaksa bergantung dengan oksigen & neb 2jam sekali.

Saya memang buntu masa ni...tapi doa saya pada Allah tak henti2...saya mohon Allah bagi saya jalan untuk cari penawar untuk rawat semput anak saya ni....lepas Adeef keluar wad, saya saja2 lah google untuk rawat masalah semput kanak-kanak ni. Alhamdulillah saya terbaca 1 info pasal rawat batuk anak semput dengan madu & minyak habbatul sauda (makanan sunnah). Saya terus kaji Set Madu ini, memang sesuai dengan kanak-kanak bawah setahun. Kenapa sesuai? Madu kan bahaya untuk kanak-kanak setahun kebawah?

MADU BAHAYA UNTUK BAYI?
Betul, madu biasa memang bahaya jika diberi pada bayi kerana kemungkinan mengandungi spora botulinum (jangkitan ini boleh menyebabkan gangguan sistem saraf yang serius). Spora ini tidak bahaya kepada kanak-kanak yang lebih besar serta orang dewasa mempunyai sistem pertahanan yang kuat.
TETAPI....
Madu Arab Asli boleh diberi pada bayi kerana:
1. Madu arab asli adalah antara gred terbaik di tanah arab.
2. Madu arab asli telah distril dan dibuang kuman, maka ianya bebas bakteria.
3. Madu arab asli ini diformulasi sesuai untuk bayi dan kanak-kanak.
4. Madu arab asli tiada expired dated.
5. TERBUKTI beri kepuasan kepada ibubapa yang telah lama hadapi masalah ini.

Alhamdulillah sekarang usia Adeef sudah 1 tahun 10 bulan. tiada batuk berkahak, selsema & semput lagi. Walaupun ketiga2 anak sihat amalan memberi SET MADU ini tetap saya teruskan setiap hari. Percayalah…madu itu adalah ubat yang sangat bermanafaat terutama pada tubuh yang lelah kerana terlalu banyak kotoran . Madu tidak memberatkan buah pinggang dan menjadi pelawas pada usus besar. Madu juga mendatangkan tenaga segera bagi menolong membangkitkan imuniti yang lemah & bagus untuk otak kanak-kanak. Pastikan beri madu asli untuk anak2 kita.
Bahagia hati bila tengok anak-anak sihat selalu. Bagi ibu-ibu yang mengalami situasi seperti saya boleh ikhtiar Set Madu ini.

Berminat? Hubungi untuk konsultasi & harga istimewa:
 Contact l Whatsapp : 017-2394505
 COD Area: Petaling Jaya, Subang Jaya, Shah Alam